Follower saya :)

My Novel(1) "Cerita Kami" -sambungan-


-Beberapa bulan selepas itu-
Mereka sudah pun menduduki peperiksaan yang amat menakutkan para pelajar pada zaman ini. iaitu SPM .
Keputusan peperiksaan mereka sangat memuaskan ibubapa masing2 . Kecuali...
              "Kenapa teruk sangat ni Fatin ?! Mak dan abah dah buat macam2 untuk kamu berjaya . Tapi kamu leka sangat Fatin ! Tengok abang kakak kamu tu . Semua nya dah berjaya . Kamu ? Bila lagi ? Ni mesti angkara kamu bercinta dengan si Azfar tu ! tu yang jadi mcm ni tu ! " leter ibu Fatin yang kesedihan dengan keputusan yang Fatin dapat.
              " Mak bukan ape .. mak cuma nak yang terbaik untuk kamu , tuje ... bukannye tak sayang, mak sayang..Now , mak dah buat kputusan .. Mak dan abah dah berkeras hati.. Kami nak bawak kamu tinggal kat rumah Paklong di London. Kami nak kamu sambung belajar kat sana . You can't say no to me ! "
               "Tapi makkk ...."
              " Everyone never say no to me okay !" jawab ibunya yang ingin terbaik untuk Fatin.
              "Abah paham perasaan Atin .. Tapi , ni jela salah satu cara untuk Atin berjaya . Atin nak kerja apa besar nanti ? Atin jugak kata nak bawak mak dan abah pegi umrah suatu hari nanti kan ? Dari mana Atin nak dapat duit yg bnyk tu kalau Atin tak usaha dari sekarang ? Pasal Azfar tu .. Abah izinkan Atin berkawan dengan dia .. Tapi .. ingat .. kalau dia betul2 sayangkan Atin , dia akan tunggu Atin pulang nanti .. Anggaplah perjuangan Atin ni demi mak, abah dan Azfar... boleh?" ujar ayahnya dengan penuh kasih dan sayang.
Dengan kata-kata ayahnya yang menyentuh hati itu, Fatin terus bersetuju untuk berangkat ke London untuk sambung belajar.
Dia berjumpa dengan Azfar lalu dia menceritakan perkara yang sebenar kepada Azfar.
Azfar hanya mampu tersenyum . Dia juga setuju dengan tindakan ibubapa Fatin . Katanya, ini adalah cara terbaik untuk Fatin terus berjaya . Dia hanya mampu tersenyum . Siapa tahu.. disebalik senyumannya itu tersirat seribu satu kesedihan kerana dia akan berpisah dengan Fatin buat masa yang lama .
               "Jangan risau .. saya akan sentiasa menunggu awak.. " ujar Azfar kepada Fatin untuk menambahkan semangat Fatin untuk menyambung pelajarannya.
Tibalah masanya untuk Fatin dan keluarganya berangkat ke rumah Paklongnya di London.
Azfar bersama rakan-rakan yang lain sangat sedih kerana mereka akan terpisah dengan Fatin buat masa yang begitu lama .

-setelah beberapa bulan Fatin meninggalkan mereka..-
            Kini, Balqis berjaya menyambung pengajiannya di UITM SERI ISKANDAR. Manakala Daniel pula ditempatkan di UTP (UNIVERSITI TECHNOLOGI PETRONAS) . Tempat pengajian mereka dekat sahaja .. Maka , kerap kali lah mereka berjumpa ..
 -Telifon berbunyi-
 Balqis terkejut dengan deringan telifonnya yang tiba-2 bebunyi pada waktu malam buta begini.
Balqis tidak sangka pula bahawa adiknya yang menelepon dia .
               "Assalamualaikum kak qis ..." adiknya memberi salam dengan nada yang gelisah.
               "Waalaikumsalam.. hah .. kenapa kol akak malam2 camni .. ada ape dikkk ? " tanya Balqis dengan penuh kerisauan setelah mendengar suara adiknya itu.
              "Kak .. mak ... mak sakit kak ... Mak mintak akak balik sekarang.. " jawab adiknya sambil menangis teresak-esak.
                 "hah ? mak sakit ?? ok ok . adik tenangkan mak dulu yee .. akak gerak ni .. " jawab Balqis yang tergesa gesa untuk pulang itu.
-tiba dirumah nya-
                "makkkk .. makkk ... mak , Balqis ade kat sini mak .. mak tenang ye makk " kata Balqis yang ingin menenangkan ibunya itu. Walhal dia sendiri tidak dapat menenangkan dirinya yang gelisah itu.
                 "Sebelum apa-2 jadi kat mak , boleh tak mak mintak satu permintaan kat Balqis .. ?" tanya ibunya yang sedang lelah itu.
                "mak mintak je ape yang mak nak . Takpe .InsyaAllah mak .. Balqis lakukan ..."
                "mak nak sangat tengok Balqis berjaya di Universiti Al-Azhar kat Mesir tu .. Mak pun teringin sangat nak jejak tanah suci Mesir sebelum mak tutup mata .. Balqis jangan la risau .. Sebenarnya, mak dah simpan duit banyak2 dlm bank mak .. Balqis amiklah .. bekalan untuk kita di sana .. ituje yang mak mintak .. " kata2 ibunya amat menyentuh hati Balqis . Balqis lalu menangis dalam pelukan ibunya . Dia juga bersetuju untuk ke Mesir oleh kerana permintaan terakhir ibunya itu.
setelah keadaan reda , Balqis telifon Daniel untuk membincangkan hal ini. Daniel setuju dan izinkan Balqis pergi. Kerana dia tidak mahu Balqis menjadi anak yang durhaka .
                 " tapi awak .. duit dalam bank mak tu tak ckup la .. saya tahu sangat .. " jawab Balqis yang buntu memikirkan masalah wang .
              " tak jadi masalah .. saya kan ada .. esok pagi saya bank-in duit kat awak . InsyaAllah .. mencukupi.. pergilah awak .. tunaikan permintaannya .. " kata Daniel yg menyimpan perasaan berat hati untuk melepaskan Balqis pergi . Dia tidak mahu Balqis tahu tentang perasaannya kerana dia ingin Balqis kuat semangat demi ibunya ..
-Di airport-
Tiba masanya untuk Balqis berangkat ke Mesir . Dia ditemani Daniel , Azfar , Aqiff dan Wan ..
              "aku sedih sangat kau tak dpat datang majlis pertunangan aku dengan Aqiff .. Tapi , walaupun kau tak datang , aku tetap bangga sebagai kawan kau sebab kau ingin memenuhi keinginan terakhir mak kau . Good Luck Balqis ! " kata-kata Wan sambil memeluk erat Balqis ..
              " Nah , ambillah 'keychain' dan gambar ni .. (gambar semasa mereka di zaman persekolahan)
        tenunglah benda ni kalau awak rindu kitorang .. dan ingat .. tolong jangan cepat putus asa kalau awak ada msalah k .. And then , yg paling pnting skali ... awak kena ingt yang saya always tunggu awak balik .." ucap Daniel dengan tabahnya.
Lalu , Balqis pergi meninggalkan mereka .. Balqis melambai-lambai  ke mereka sambil merintih rintih airmatanya...

-kisah Wan dan Aqiff-
Mereka sudah pun menyelesaikan majlis pertunangan mereka . Mereka mempercepatkan majlis kerana tak lama lagi Aqiff akan ke luar negara atas urusan perniagaan . Aqiff seorang yang beruntung kerana dia tidak perlu bersusah payah menyambung pelajaran ke mana-mana kerana sebaik sahaja tamat peperiksaannya , dia sudah pun mempelajari kerja2 di pejabat . Dia telah diwarisi ayahnya untuk menjadi manager di syarikat ayahnya . Untung juga Wan yang mendapat Aqiff ...
 Suatu masa .. semasa Aqiff sudah berangkat ke oversea , Wan sering mengalami muntah darah . Dia sentiasa sakit di bahagian kepalanya . Apabila dia membuat rawatan doktor , Wan telah diserang sakit barah otak. Seluruh ahli keluarganya termasuklah keluarga mentuanya amat sedih dengan keadaan Wan . Wan meminta agar tidak memberitahu hal ini kepadan Aqiff kerana risau akan mengganggu pekerjaan Aqiff .
Pada masa yang sama , ibubapa Wan sedang bergaduh dengan ibubapa Aqiff .
Bapa Wan dituduh kerana mengambil wang syarikat ayah Aqiff . Ayah Wan adalah salah seorang stuff di situ . Dia dituduh oleh seseorang yang dengki akan keakraban keluarga mereka dengan  keluarga Dato'Hashim iaitu ayah kepada Aqiff . Dia tidak tahu bahawa mereka berbehsan .
             "Tak mungkinlah aku nak amik duit syarikat ni . Aku bukannya tamakkan harta . Percayalah aku !" ujar ayah Wan yang tidak bersalah itu .
            " aku paham , duit yang kau ambil tu untuk Wan .. aku boleh bagi sebab Wan tu bakal menantu aku jugak . Tapi kau tak perlu lah mencuri curi macam ni .. " kata ayah Dato'Hashim yang tidak percaya akan kata2 ayah Wan itu .
           " aku ni bukan nya miskin sangat sampai tak mampu belanja perawatan anak aku ! aku pon ade banyak duit laaa !"kata ayah Wan yang telah hilang kesabaran itu.
            " sudah lah mencuri , kurang ajar pulak tu ! berambus kau dari sini ! mulai hari ini , aku pecat kau dari syarikat aku ! jangan jejakkan kaki kau ke sini lagi !" jerit Dato'Hashim.
Mereka lalu pergi meninggalkan tempat itu . Mereka juga telah ditahan oleh ibu Aqiff tetapi mereka tetap berdegil ingin meninggalkan tempat itu... Wan dinasihati agar pergi ke U.S . untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi merawat penyakitnya itu. Lalu , tanpa memberitahu sesiapapun walaupun rakan2nya , Wan terus ke U.S untuk rawatan bersama ibubapanya.
                                 (bersambung)




              

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...