wahai duniawi.. pada malam yang penuh sunyi ini, aku kesedihan..
mengenangkan tentang nasibku pada masa hadapan.. aku ingin berjaya macam mereka
yang telah sampai ke puncak gading .
tetapi .. aq langsung tidak bersungguh-sungguh untuk mencapainya ..
samalah seperti angan-anganku untuk ke syurga..
tetapi aq masih membuat perkara-perkara yang dilarang-Nya .
mengapa semua ini terjadi ? iman ku tidak kuat .
tatkala suasana yang membuatkanku kesepian ini lah aku perasan yang aku banyak membuat
dosa kering selama ini.. kutuk sana , kutuk sini , kadang sampai tinggal solat..
astaghfirullah al-azim .. apa yang sedang terjadi kepadaku YA ALLAH yang MAHA MENGETAHUI ..
di saat aku kesedihan , di saat aku kesakitan , di saat itulah aku baru menyedari bahawa aku
adalah insan yang lemah . tapi sayang , perasaan itu hanya muncul sekejap sahaja dalam diriku ..
aku mulai melupakan semua itu apabila aku kembali sihat dan cergas ..
apabila aku leka dengan hal-hal duniawi..
tanpa disedari bahawa semua ini hanyalah sementara untukku..
Ya Allah wahai pencipta segala alam , bersihkanlah hatiku dari segala kekotoran..
kurniakanlah kelembutan pada hatiku , jauhkanlah diriku daripada syaitan-syaitan yang derhaka itu..
Ya Allah , engkau kuatkanlah imanku , kuatkanlah peganganku kepada ajaranMU
supaya aku tidak tersasar dari jalan yang ENGKAU redha ..
Ya Rabb , ampunkan segala dosa ku , dosa kedua ibubapa ku , dan dosa-dosa semua
saudara seislam denganku . Haramkanlah dari ibu dan bapa ku memasuki pintu nerakaMu ..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , kepadaMu aku memohon , kepadaMu jua aku berserah..
sesungguhnya , ENGKAU Maha Pengampun dan Maha Mengasihani...
Aamiin~